|
|
mengenai kita > cawangan utm |
|
 |
Pada peringkat awal...
IEEE Cawangan Pelajar UTM merupakan cawangan pelajar yang pertama ditubuhkan di Malaysia dan sehingga kini masih aktif menerajui ahli-ahli IEEE UTM. Tonggak kepada cawangan pelajar ini merupakan seorang bekas pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia; En. Mohamed Fadil bin Abu Samah. Kini, setelah beliau menamatkan pengajiannya di UTM, IEEE Cawangan Pelajar UTM semakin matang dan telah memiliki bilik gerakannya sendiri iaitu di blok P06 - 114 - 01.
|
Semenjak daripada, cawangan ini semakin berkembang dan pada masa yang sama cuba untuk berdiri bersama-sama cawangan palajar lain diperingkat antarabangsa dengan menganjurkan pelbagai aktiviti dalam pelbagai bidang demi kebaikan ahlinya. Sekiranya diimbas kembali detik-detik awal penubuhan cawangan pelajar ini, cawangan ini hanya memiliki seramai 30 orang ahli sahaja, namun kini, cawangan pelajar ini telah berjaya menambah bilangan keahliannya sehingga 120 orang ahli setiap tahun. |
 |
 |
Tidak cukup dengan kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli jawatankuasa sama ada di peringkat tertinggi mahupun di peringkat ahli, kami berbangga kerana memiliki seorang penasihat yang berkejaya tinggi dan berpengalaman luas dalam bidang kejuruteraan profesional. Beliau telah banyak memberikan cadangan, petunjuk serta nasihat berguna mengenai bagaiman kami dapat meningkatkan kualiti cawangan pelajar ini. |
Pada tahun lepas, 2003, cawangan pelajar UTM ini akhirnya telah diberikan pengiktirafan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar UTM sebagai salah sebuah persatuan rasmi dibawah naungan Universiti Teknologi Malaysia. Dengan berbekalkan semngat yang ada untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dimiliki, kami berharap agar kami dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan pada masa yang sama menjulang nama IEEE di peringkat universiti. |
 |
|
|