Cawangan
 . AKAN DATANG
 . RANCANGAN
 . LEPAS
 Lain-lain
 . DAlAM KAMPUS
 . IEEE SEDUNIA
 . KARYA
 . SUDUT JURUTERA
 
mengenai kita > sedunia
Apakah IEEE?
Secara ringkasnya, IEEE merupakan sebuah organisasi hasil gabungan AIEE (American Institute of Electrical Engineers) dan IRE (Institute of Radio Engineers). Sejak penubuhannya, IEEE menerajui teori dan aplikasi teknologi elektrik serta aplikasi sains dengan menyediakan keperluan kepada ahlinya melalui pelbagai program dan perkhidmatan yang ditawarkan.


Perkembangan Abad ke-19

Pada suku ketiga tahunan abad ke-19 telah mencatatkan perkembangan yang cemerlang dalam bidang teknologi kejuruteraan elektrik. Pada awal tahun 1980-an;

Wayar telegraf merentasi USA.
Eropah dan USA telah dihubungkan dengan kabel dasar laut.
"arc lights" telah digunakan di beberapa bandar.
Thomas Edison's Pearl Street Station membekalkan kuasa untuk New York.
Terdapat pelbagai badan yang membina peralatan elektrik.
Telefon telah berkembang sebgai alat telekomunikasi yang penting.

Perkembangan dunia teknologi dan perancangan untuk menganjurkan Pameran Elektrik Antarabangsa oleh Franklin Institute di Philadelphia menyebabkan 25 Jurutera Amerika elektrik termasuk Thomas Edison, Elihu Thomson dan Edwin Houston, untuk menubuhkan organisasi untuk memperkenalkan bidang mereka. Pada 13 May 1884, AIEE dilahirkan di New York dan telah mendapat penghargaan sebagai sebuah badan yang mewakili jurutera elektrik Amerka.


AIEE - Komunikasi Wayar, Cahaya dan Kuasa

Pada peringkat awal, AIEE telah memberikan penekanan kepada

Komunikasi wayar dan
Sistem kuasa dan pengahayaan.

Pada peringkat awal penglibatan pembangunan standad elektrik industri, institut telah membina asas yang kukuh untuk semua bahagian di Amerka Syarikat. Pada zaman tiga dekad pertamanya, AIEE telah memberi nasihat dan menyelesaikan pelbagai masalah seperti;

Penempatan pusat operasi untuk organisasi.
Menyediakan langkah untuk mekanisme perhubungan untuk ahli dan pelajar, dan
Menerajui perkembangan teknologi melalui ahli jawtankuasa yang telah dilantik untuk menghadapi cabaranpeningkatan pengkhususan.

Pada 1912, keperluan kepada pengkhususan untuk bidang radio tidak lagi dapat dipenuhi oleh ahli jawatankuasa tempatan.


IRE -- Perhubungan Tanpa Wayar

Dua organisasi tempatan -- Society of Wireless and Telegraph Engineers dan Wireless Institute - bergabung untuk membentuk organisasi antarabangsa untuk saintis dan jurutera yang meliputi pembangunan komunikasi tanpa wayar -- Institute of Radio Engineers.

Kebanyakkan ahli asal IRE merupakan ahli kepada AIEE dan kedua-dua organisasi terus menerima ahli sehinggalah mereka bergabung untuk membentuk IEEE pada 1963. Perkembangan struktur dan aktiviti umum untuk IRE mempunyai hubung kait dengan aktiviti AIEE.

Segmen pengkhususan dikumpulkan kepada kumpulan profesional dibawah badan pemerhati pusat.
Unit Geografi dan cawangan pelajar dibentuk.
Mesyuarat dan penerbitan menjadikan penukaran maklumat menjadi lebih mudah.
Grad keahlian dilaksanakan.
Pembinaan standad menjadi faktor tumpuan utama.

Sifat teknologi komunikasi radio melambangkan bidang pengkhususan IRE telah pergi lebih jauh daripada sasaran. maka, sebuah organisasi baru perlu manarik perhatian ahli daripada negara-negara di seluruh dunia. Daripada peringkat permulaan lagi, 'Proceedings of the IRE' telah diterbitkan daripada penulis di luar USA.


Dunia Elektronik

Pada tahun 1993, sektor electronik menjadi warga baru dalam dunia kejuruteraan. Jurutera Elektronik menjadi ahli IRE, tetapi aplikasi teknologi tiub elektron menjadi begitu luas yang membezakan IRE dan AIEE menjadikannya lebih susah untuk dipersetujui.

Selepas Perang Dunia ke-2, kedua-dua organisasi menjadi lebih berdaya saing. Masalah pertindihan dan cetak rompak usaha yang telah dilakukan diselesaikan dengan gabungan kedua-dua ahli jawatankuasa setiap organisasi dan mesyuarat.


AIEE, IRE Bergabung Membentuk IEEE

Pada 1961, barisan kepimpinan IRE dan AIEE bersetuju untuk mencari penyelesaian kepada semua masalah dengan mengadakan penggabungan pintar sesama mereka.Pada tahun seterusnya, perancangan penggabungan diluluskan dan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1963.
Peta | Hubungi kita
© IEEE UTM Student Branch #18561, Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai, Johore, Malaysia. 2005