Ahli-ahli IEEE telah disanjung tinggi dalam bidang industri melalui penglibatan dan iltizam mereka untuk menjadi profesion. Sila gunakan masa ini untuk membiasakan anda dengan Kod Etika IEEE.
KAMI, AHLI-AHLI IEEE, mengiktirafkan bahawa kepentingan teknologi kami dapat mempengaruhi kualiti hidup seluruh dunia, dan menerima obligasi yang berkenaan keupayaan sendiri kepada profesion kami. Dengan ini, ahli-ahli IEEE dan ahlijawatan kuasa mengakui dengan beretika,bimbingan profesion dan bersetuju bahawa:
1. Menerima tanggungjawab dalam membuat keputusan kejuruteraan yang mengandungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan masyarakat awam, serta mendedahkan faktor-faktor yang mungkin membahayakan masyarakat awam atau persekitaran dengan segera.
2. Menjauhi perkara pertelingkahan sebaik mungkin, dan mendedahkan kepada parti-parti yang berkenaan jika berlakunya.
3. Jujur dan realistik semasa menyatakan tuntutan atau anggaran berdasarkan data yang tersedia.
4. Menolak kesemua jenis rasuah.
5. Menambahkan kefahaman tentang teknologi yang dapat menyesuaikan pemakaian dan akibat yang berpotensi.
6. Mengekalkan dan membaikikan kecekapan teknik kami dan menanggungkan tugas-tugas yang berkenaan teknologi lain jika dapat melayakkan diri dengan latihan dan pengalaman, atau selepas pendedahan penuh yang berhubung dengan pembatasan.
7. Memperoleh, menerima dan menawarkan kejujuran kritikan bagi tugas teknik, mengakui dan membaiki kesalahan, dan merujuk sumbangan orang lain dengan sewajarnya.
8. Melayan semua orang dengan adil tanpa menghiraukan faktor-faktor seperti kaum, agama, jantina, ketidakupayaan, umur, atau warganegara.
9. Elak melukai orang lain, harta benda, reputasi atau pekerjaan yang curang dan hasad.
10. Membantu rakan sekerja dan rakan sekongsi dalam perkembangan profesion mereka dan menyokong mereka dalam menuruti kod etika ini.
|