Cawangan
 . AKAN DATANG
 . RANCANGAN
 . LEPAS
 Lain-lain
 . DAlAM KAMPUS
 . IEEE SEDUNIA
 . KARYA
 . SUDUT JURUTERA
 
aktiviti > cawangan
Rancangan Aktiviti
Dalam AGM kita yang diadakan pada 5 december 2004, kami telah merancang beberapa aktiviti yang membina untuk diadakan pada sesi ini, khusus untuk ahli pelajar kami serta rakan kampus yang lain. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami.
Tarikh kemaskini: 06/03/2005.
   

Organisasi kami selama ini tidak mempunyai T-shirt yang tersendiri, oleh sebab itu, kami telah mengambil inisiatif untuk mereka T-shirt organisasi yang terbaru. T-shirt ini akan dijual kepada semua pelajar universiti dan pada harga yang istimewa untuk ahli pelajar kami yang khusus.

Subjek: Pelancaran T-Shirt IEEE UTM SB
Tarikh: Akan diumumkan
Status: Dalam perancangan
Hubungi: Lim Chen Tat

   

Adakah anda mengagumi rakan kamu yang tahu menggunakan perisian macromedia untuk memberikan persembahan yang unik? Jangan tunggu lagi, organisasi kami akan mengadakan satu woksyop FLASH untuk mereka yang berminat untuk mereka webpage dan menghasilkan persembahan yang menakjubkan. Lebih-lebih lagi, woksyop kami yang asas akan menyediakan saudara dan saudari sekalian satu permulaan untuk menghasilkan persembahan yang lebih professional.Klik pada gambar sebelah untuk main contoh flash!!

Subjek: Woksyop Flash
Tarikh: 8 Ogos 2005 ( tentative )
Status: Dalam perancangan
Hubungi: Low Han Wee

   

Pernahkah saudara dan saudari terfikir untuk menjadi seorang professional pada masa hadapan? Dalam program kami, kami telah menjemput beberapa orang professional dari bidang yang berlainan untuk berkongsi pengalaman dengan peserta program ini. Program ini termasiklah pengalaman mereka sebagai seorang professional, tips dan kualiti yang perlu ada pada seorang professional. Pengalaman dan maklumat ini tidak akan dapat didapati di mana-mana buku.

Subjek: Ceramah Profesional
Tarikh: 5 September 2005 ( tentative )
Status: Dalam perancangan
Hubungi: Leong Chow Wei

   

Satu proses pembelajaran dalam universiti tidak akan menjadi lengkap tanpa lawatan teknikal ke lokasi yang menarik. Organisasi kami telah selama ini memainakan peranan yang proaktif untuk menganjurkan lawatan teknikal ke pelbagai tempat yang menarik. Pada tahun ini, kami bercadang untuk mengadakan satu lawatan teknikal ke kilang Motorola.

Subjek: Lawatan Teknikal ke Kilang Motorola ( lokasi dirancang )
Tarikh: 21 Julai 2005 ( tentative )
Status: Dalam perancangan
Hubungi: Low Han Wee

   

Seperti biasa, kami akan mengadakan mengadakan aktiviti kami yang paling digemari pada akhir semester iaitu Career Talk. Projek ini merupakan projek kai yang terbesar dan kami menjanjikan nilai yang paling maksimum untuk bayaran kemusukkan saudara dan saudari. Dalam program talk dan pemeran ini, kami telah merancang satu siri aktiviti untuk para hadirin walaupun tarikh pelaksanaan masih setahun lagi. Untuk memberikan satu kejutan kepada mereka yabng berminat, kami telah mengambil keputusan untuk tidak mengeluarakan maklumat-maklumat yang berkenaan dengan program ini.

Subjek: Career Talk
Tarikh: 2 Desember 2005 ( tentative )
Status: Dalam perancangan
Hubungi: Leong Chow Wei

   
   
Peta | Hubungi kita
© IEEE UTM Student Branch #18561, Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai, Johore, Malaysia. 2005