|
|
keahlian > kebaikan IEEE |
Kebaikan untuk Ahli Pelajar |
|
Dunia yang Dipenuhi Dengan Peluang yang Tidak Terhingga
Pada setiap bulan, majalah Spectrum IEEE yang berkualiti memberikan peluang yang luas untuk mendekati dunia teknologi tanpa sempadan melalui rangkaian maklumatnya yang paling efektif buat masa ini. Perkembangan terkini dunia sains, penemuan terbaru, aplikasi dan impak perkembangan teknologi menjadi sumber utama dalam memastikan setiap ahlinya mendapat maklumat yang tepat dan padat. IEEE juga menyediakan forum untuk pemahaman ahli, perbincangan dan membina sifat kepimpinan dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik sesama ahli. Keahlian IEEE juga merangkumi kemudahan capaian atas talian (internet) kepada pelbagai sumber maklumat tanpa batasan seperti IEEE Spectrum.
Ahli IEEE yang berdaftar akan menerima buletin bulanan ahli The Institute, bagi memastikan setiap ahli mendapat maklumat terkini melalui capaian atas talian mengenai IEEE dan faedah menyertai IEEE. Pelajar IEEE di USA dan Kanada turut menerima buletin IEEE Potential dua kali setiap bulan, iaitu sebuah buletin mengenai jurutera pada masa depan dan cabarannya. (IEEE Potentials juga ditawarkan kepada pelajar di luar USA dan Kanada dengan cara melanggannya untuk USD 5 sahaja).
Ahli IEEE Memiliki Capaian Eksklusif Atas Talian (Internet)
Ahli IEEE yang berdaftar boleh mencapai maklumat melalui internet seperti Kandungan IEEE, abstrak dan indeks melaui IEEE XploreŽ yang memiliki paparan antara muka yang dinamik dan mesra pengguna. IEEE XploreŽ merupakan pangkalan data terbesar IEEE yang dilengkapi dengan lebih sejuta bahan maklumat berbentuk teknikal atas talian. Anda juga boleh mancapai IEEE XploreŽ melalui langganan peribadi yang memberikan capaian tanpa batasan.
Tidak Kira Anda Dimana, Anda Adalah Sebahagian Daripada Kami
Pada masa ini, terdapat lebih kurang 1100 cawangan pelajar IEEE diseluruh dunia, merangkumi 300 cawangan tempatan dan 1300 cawangan teknikal. Sebaik sahaja anda menyertai IEEE, anda akan menjadi ahli secara automatik kepada IEEE Cawangan Pelajar, IEEE Cawangan Tempatan yang berdekatan dengan kawasan penempatan anda.
"IEEE Career and Employment Resources" Menawarkan Peluang Terbaik kepada Ahli
Bina profil peribadi anda di IEEE Job Site untuk menerima mail elektronik (e-mail) apabila kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh majikan sepadan dengan ciri-ciri yang ada pada diri anda. Terdapat beribu syarikat yang menggunakan perkhidmatan kami untuk mencari graduan-graduan yang layak untuk menjadi sebahagian daripada syarikat mereka - ya mereka mencari ahli IEEE yang terbukti berkualiti.
"IEEE Email Alias" Melambangkan Identiti Anda Sebagai Ahli IEEE
Daftarlah @ieee.org email alias dan semua mail elektronik anda akan diimbas oleh pengesan virus kami yang terbukti berkualiti bagi memastikan setiap komunikasi anda secara elektronik selamat. Sekiranya anda bertukar alamat e-mail, anda tidak perlu menghebohkan kepada semua rakan-rakan anda mengenai alamat e-mail baru anda kerana @ieee.org e-mail alias menjadikannya lebih mudah.
Biasiswa IEEE, Anugerah IEEE Menawarkan Peluang Meningkatkan Keahlian Anda
Peluang untuk memiliki pendapatan tambahan dengan cara memperlihatkan kebijaksanaan anda di dalam bidang akademik. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memenangi anugerah berprestij tawan IEEE ini.
Buletin Pekembangan Teknologi Terkini "What's New @ IEEE"
What's New @ IEEE membawa kepada anda perkembangan dunia teknikal, nasihat mengenai peluang kerjaya, dan berita semasa IEEE. Terdapat lebih daripada sepuluh buletin untuk dipilih.
Ya, Ahli IEEE juga Boleh Berjimat
Sebagai ahli IEEE, anda boleh berjimat dengan membeli buku teknikal, IEEE Standards dan pelbagai produk kewangan serta perkhidmatan melalui IEEE Financial Advantages ProgramŽ. IEEE memiliki segala-galanya, insurans perlindungan pelancongan, dan diskaun perlatan pejabat. Mudah bukan.
Anda Boleh Memiliki Semua Faedah Ini Dengan Menjadi Sebahagian Daripada Kami. Sertailah Kami Hari Ini Juga !
Tingkatkan Keahlian IEEE Anda Kepada yang Lebih Baik
Keahlian IEEE Anda Kunci Kepada Perkembangan Teknologi Bidang Anda
Sertai mana-mana 38 persatuan IEEE bagi memastikan anda berada di atas. IEEE juga memberika anda peluang untuk sentiasa berhubung dengan rakan-rakan seangkatan dengan anda melalui mesyuarat IEEE cawangan tempatan. Selain daripada itu, persatuan IEEE juga menwarkan langganan kepada jurnal persatuan, majalah dan buletin. Sebagai tambahan, persatuan-persatuan ini juga menawarkan capaian atas talian kepada ahlinya. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memiliki komponen-komponen tambahan ini.
Penerbitan Teknikal Untuk Keahlian Anda
Dengan lebih daripada 120 jurnal, majalah dan berita seminar untuk dipilih, IEEE telah menerbitkan lebih daripada 30% daripada jumlah penerbitan antarabangsa dalam bidang teknikal. Keahlian IEEE memberikan anda peluang kepada capaian maklumat teknikal terulung dalam bidang yang anda ceburi.
Langganilah Proceeding of the IEEE
Penerbitan teknikal terbaik IEEE meliputi perkembangan terkini dunia teknologi yang anda perlu tahu sebagai jurutera masa depan.
Langgan IEEE Member Digital Library
Memberikan capaian eksklusif atas talian kepada sumber maklumat atas talian yang penting pada hari ini. IEEE Member Digital Library ini menyimpan segala terbitan IEEE sepanjang lima tahun sebelum ini menjadikannya sebagai salah sebuah pangkalan data terpenting pada abad ini.
Berjimat untuk Capaian Maklumat Atas Talian IEEE
Melalui IEEE Education Partner Program, sebanyak lebih daripada sedozen universiti menyerta kami, ditambah lagi dengan beberapa institut pendidikan korporat menjadikan program ini sebagai perantara terbaik kepada ahli untuk berdiskusi.
Hadir Di Seminar IEEE
Sebagai ahli IEEE, anda berpeluang menerima diskaun istimewa untuk ahli sahaja sekiranya anda berminat untuk menyertai seminar ini. Dengan lebih daripada 300 seminar IEEE setiap tahun, anda bukan sahaja boleh mempelajari sahaja, tetapi boleh membentangkan kertas kerja mengenai perkembangan dunia teknologi terkini.
Sertai IEEE Standards Association
Persatuan profesional ini membantu anda merasai sendiri perkembangan teknologi global dan antarabangsa yang kini semakin pantas dari hari ke hari. Anda juga dijemput untuk bersama-sama IEEE membentuk masa depan dunia teknologi yang kini dipelopori oleh IEEE.
Sertai IEEE Women in Engineering
Program ini dicipta bagi membantu wanita untuk bersama-sama membangun dan merasai perkembangan teknologi dan menghargai penglibatan wanita dalam dunia teknologi yang serba canggih. Program ini percuma untuk setiap keahlian yang berdaftar.
Sertailah Kami Hari Ini. Sertai Kami Melalui Internet di www.ieee.org/join.
|
|